Genjala Chikungunya
Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.
Sumber dan untuk maklumat lanjut, sila klik Wikipedia Bahasa Melayu
Sabtu, 9 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan on "Chikungunya..."
Di utara Malaysia, penduduk mengelar penyakit ini, "Cikgu Ya"
Catat Ulasan