Kelab Alpha Lipid Utara merupakan laman web yang dibangunkan oleh pengedar Alpha Lipid bahagian Utara Semenanjung Malaysia.
Laman ini sesuai dengan paparan resolusi 1024 X 768, menggunakan Mozilla Firefox. Penggunaan Internet Explorer menyebabkan susun atur tidak sistematik.

Khamis, 20 Ogos 2009

Penawar H1n1 @ Selsema Babi @ Swine Influenze

Dicatat oleh Cikgu K.Z di 3:00 PG 0 ulasan
Bahaya H1N1 Apa yang perlu anda buat?

Tingkatkan Antibodi Anda dengan Alpha Lipid Lifeline!

Di Malaysia, setakat hari ini kematian akibat jangkitan H1N1 dah mencecah lebih 60 orang dan bilangan mereka yang dijangkiti adalah 4500 ke atas.

Awas! Jangan Panik! Apa yang anda Perlu Buat?

1. Anda perlu tingkatkan pengetahuan anda tentang virus ini dan bagaimana boleh mengelakkannya.
2. Anda perlu tingkatkan Antibodi/Sistem Pertahanan Badan Anda -Alpha Lipid Lifeline KOLOSTRUM boleh membantu anda meningkatkan daya pertahanan badan melawan virus ini.
Kini wabak ini merebak ke seluruh masyarakat. Apa yg perlu anda buat ialah JANGAN PANIK! Jika anda panik bermakna anda bertindak melulu. Kita perlu tahu tentang cara dan bagaimana mengelakkan jangkitan ini.
Memang BAGUS memakai mask (saya pun pakai ketika berada di tempat sesak dan ketika menaiki kapal terbang), tapi apa yang lebih PENTING ialah jika sistem pertahanan tubuh badan anda (ANTIBODI) lemah, anda perlu kuatkan pertahanan badan anda, ini boleh dicapai dengan mengambil KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE. Anda tidak perlu lah nak mempertikai kebaikan Kolostrum dalam meningkatkan Antibodi badan, dah banyak kajian saintis mengatakan Kolostrum boleh meningkatkan sistem pertahanan badan anda.
Antibodi kita tidak berupaya mengecam virus H1N1 dan akibatnya badan kita mudah diserang oleh virus ini. Sekurang-kurangnya dengan mengamalkan pengambilan kolostrum, jumlah antibodi anda makin bertambah dan makin kuat sekurang-kurangnya mengelakkan anda mudah jatuh sakit dan demam.
Kini belum ada DRUG atau UBAT yang dicipta untuk membunuh virus H1N1. So, apa alternatif yang kita ada untuk melawan virus H1N1 ini?? Ambil KOLOSTRUM!!
So Apa lagi Yang harus Anda BUAT?
MINUM SETIAP PAGI KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE untuk menguatkan sistem pertahanan badan anda setiap hari!! Saranan saya, ikut arahan pihak Kementerian Kesihatan dan juga anda seisi keluarga perlu mendapatkan supplemen kesihatan yang boleh membantu menguatkan sistem pertahanan badan anda. Alpha Lipid Lifeline dapat membantu anda menguatkan sistem Antibodi badan anda!

Cubalah hari ini. Elakkan wabak H1N1. Protect Yourself!
Sekian.

Sumber Dari;

Ahli Farmasi.
En. Wan Hamidi Wan Sulaiman.

Rabu, 19 Ogos 2009

H1n1 @ Selsema Babi @ Swine Influenza

Dicatat oleh Cikgu K.Z di 7:58 PTG 0 ulasan
Apa itu H1N1?

'H' bermaksud Hemagglutinin protein'N' bermaksud Neuraminidase proteinViral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.



Jangka hayat virus Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.





Apa yang perlu tahu ? Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. Cara serangan Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'.

Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi. Siapa yang berisiko

1. orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
2. perempuan yang mengandung
3. orang yang ada penyakit asma
4. orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yang besar', kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
5. Perokok (tambahan dari Emjay)

* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 di atas


Simptom2
Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - sakit dada yang teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 and above - lung collapse @ koma


Langkah2 kawalan
1. golongan2 yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6. untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat. 7. jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.

10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.

11. untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.





Ini adalah sumber dari kawan (Ayu) yang menghadiri taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009. Terima kasih, ayu...
 

Hakcipta Terpelihara Kelab Alpha Lipid Utara 2009 | Reflection Ipien |